BUNGA DAN SELUT
Bunga, pada dada
disemat merah kuku di hujung jari.
Pada mata tentu bunga
pada yang ketahui, lain erti.
disemat merah kuku di hujung jari.
Pada mata tentu bunga
pada yang ketahui, lain erti.
Selut, pada muka
dilempar merah bibir di pangkal mulut.
Pada mata tentu selut
pada yang ketahui, lain cerita.
dilempar merah bibir di pangkal mulut.
Pada mata tentu selut
pada yang ketahui, lain cerita.
Ada ketika
bunga bukan bunga.
Selut bukan selut.
Selut menjadi bunga.
Bunga menjadi selut.
.
5 Nov 1993
Hashim Yaacob, Air Manik Astagina, Dewan Bahasa & Pustaka,
Kuala Lumpur, 1994, ISBN 983-62-4230-9
Kuala Lumpur, 1994, ISBN 983-62-4230-9