Love, Poem, Music, Art, Life, Humor and Perspective

Pengikut

Senin, 29 Agustus 2011

aku wanita nukilan : Hana Suzana Ramlee

 
aku wanita
tanpa rasa curiga
mencurah rasa melalui kata kata
mengiringi rindu dengan rasa cinta

...aku wanita
menginginkan bahagia
dalam segenap rasa kasih
hambat hati hanya untuk dia

aku wanita
perlukan sedikit penghargaan
bukan harta yang berlimpahan
belaian cinta tanpa jurang

aku wanita
pengintai jiwa kalot dia
pendoa sejati tidak berbagi
ingin melihat secarit tawa dia

aku wanita
hati sering berlagu
setia bukan tandingan
kasih bukan paksaan
sayang tiada batasan
rindu tiada tercapai

aku wanita
yang sering dia abaikan
yang sering dia lepaskan
yang sering dia biarkan

aku wanita
yang masih teguh disini
dengan rasa terguris jiwa
dengan apa yang tersisa
kegagahan hati
memulakan langkah beredar jauh

kerana bagi aku wanita ini
KAU BUKAN INSAN YANG LAYAK
MENERIMA CINTA WANITA YANG ABADI
KAU BUKAN INSAN YANG SELALU BERTUAH
KERANA,JIKA WANITA BERKALI TERLUKA
KAU AKAN MERINTIH SESAL TANPA PENGHUJUNG..

Nukilan rasa seorang insan ::
AKU WANITA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar